Saturday 25 February 2012

pelajar smk idris shah hilang- nurul frisha natasya @caca

KAMPAR: Kehilangan seorang remaja perempuan, Nurul Frisha Natasya Razman, 16, dianggap misteri apabila didakwa tiba-tiba ‘ghaib’ selepas keluar dari rumahnya di Jalan Anggerik, Kampung Tersusun Kopisan Gopeng, di sini, sejak Ahad lalu.
Mangsa yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh ibu bapanya selepas mendapati remaja terbabit tidak pulang ke rumah hingga lewat malam. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, Nurul Frisha Natasya dilaporkan keluar dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa pengetahuan keluarganya pada 19 Februari lalu. Menurutnya, keluarga mangsa sudah puas menjejaki remaja itu di rumah sanak-saudara dan rakan sekolahnya, tetapi gagal.

“Berikutan itu, mereka membuat laporan polis sebelum polis berusaha menyiasat punca kehilangan remaja itu. Berdasarkan laporan, mangsa digambarkan seorang remaja yang aktif di sekolah dan manja dengan keluarga.
“Polis masih menyiasat sama ada mangsa dilarikan individu tertentu berdasarkan maklumat dikumpul,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengetahui dan mempunyai maklumat berkaitan remaja berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Firdaus Jamil di talian 019-2689481 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di talian 05-4652222.

No comments:

Post a Comment